Washington Nationals
Washington Nationals

Washington Nationals

Washington Nationals merupakan pasukan besbol profesional Amerika yang berpangkalan di Washington, D.C. Pasukan ini bertanding di Major League Baseball (MLB) sebagai anggota National League (NL) East. Dari tahun 2005 sehingga 2007, pasukan ini telah beraksi di RFK Stadium sementara stadium baru sedang dibina. Pada tahun 2008, mereka berpindah ke Nationals Park.[5]Nationals merupakan pasukan kelapan yang berpusat di Washington, D.C. Pasukan ini mula ditubuhkan pada tahun 1969 dengan menggunakan nama Montreal Expos sebagai pasukan tambahan di MLB. Selepas cadangan penyingkiran digagalkan, Expos telah dibeli oileh MLB dan dikehendaki untuk memindahkan pasukan ke sebuah bandar baru[6] Washington, D.C., telah dipilih pada 2004 dan Nationals mula diasaskan pada tahun 2005 serta menjadi pasukan MLB pertama yang berpindah sejak pasukan Washington Senators berpindah ke Texas pada 1971.Pada awalnya, pasukan ini bergelut ketika mula berpindah ke Washington. Nationals mula mengecapi beberapa kejayaan semasa 2010-an. Pasukan ini mengesahkan kemunculan playoff pertama dan gelaran divisyen sulung pada tahun 2012. Pasukan ini juga menjuarai National League East selanjutnya pada tahun 2014, 2016 dan 2017 tetapi kesemuanya menemui kegagalan untuk mara melepasi NLDS. Pada tahun 2019, Nationals mara ke Siri Dunia dan menewaskan Houston Astros bagi mengesahkan kejuaraan dunia sulung.Sehingga menjelang musim 2023, rekod menang-kalah pasukan ini secara keseluruhannya ialah 4,123–4,3870. Sejak berpindah ke Washington, D.C., rekod pasukan ini secara keseluruhan ialah 1,368–1,444.[7]

Rujukan

WikiPedia: Washington Nationals https://www.mlb.com/nationals/history/timeline-200... https://web.archive.org/web/20201004054618/https:/... https://www.mlb.com/press-release/major-league-bas... https://web.archive.org/web/20190512052612/https:/... https://www.mlb.com/news/mark-lerner-nationals-man... https://web.archive.org/web/20191015155922/https:/... https://www.washingtonpost.com/sports/nationals/na... https://web.archive.org/web/20190809145747/https:/... https://www.mlb.com/nationals/ballpark/information... https://web.archive.org/web/20191024041132/https:/...